Indon
Indon merupakan satu istilah ringkasan bagi panggilan orang Indonesia, sama seperti Brit kepada Briton/British (orang British) dalam bahasa Inggeris. Perkataan ini digunakan secara meluas termasuk oleh beberapa negara lain seperti Australia, Filipina, Malaysia dan Singapura. Antara kegunaan awal istilah ini adalah dalam The Encyclopedia Americana‎ oleh Bernard S. Cayne, Robert S Anderson, Sue R Brandt (1829).