Indomaret
PT Indomarco Prismatama atau Indomaret (singkatan dari Indonesia Market Retail ) merupakan rangkaian kedai serbaneka runcit berasal dari Indonesia, dengan lebih 18,000 buah kedai di seluruh Indonesia. Ia merupakan rangkaian pertama dan terbesar kedai jenis ini di Indonesia. Indomaret merupakan anak syarikat Kumpulan Salim yang beribu pejabat di Jakarta .
Indomaret merupakan rangkaian pasaraya mini yang menyediakan keperluan harian. Ia mempunyai keluasan stor kira-kira 200m2 . Kedai Indomaret rasmi pertama dibuka di Ancol, Jakarta Utara pada November 1988. Menjelang 2014, Indomaret mempunyai 10,600 buah cawangan. 60% daripada jumlah cawangan adalah cawangan milik sendiri dan francais manakala baki 40% adalah milik syarikat, bertaburan di bandar-bandar di Jabodetabek, Sumatera (kecuali Sumatera Barat, di mana permit diharamkan untuk perlindungan peniaga kecil), Jawa, Madura, Bali, Lombok, Kalimantan, dan Sulawesi . Di Jakarta, terdapat kira-kira 488 buah cawangan.
Kedai-kedai indomaret mudah ditemui di kawasan perumahan, bangunan pejabat, dan kemudahan awam kerana lokasi penempatan kedai berlandaskan moto "sederhana dan jimat" (bahasa Indonesia: mudah dan hemat ). Indomaret menjual lebih 5,000 jenis produk makanan dan bukan makanan.