Orang Indo-Yunani
Kerajaan Indo-Yunani | |||||||||
|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
| 180 SM–10 Masihi | |||||||||
Kerajaan Indo-Yunani pada 100 SM. | |||||||||
| Ibu negara | Alexandria di Kaukasus Sirkap/Taxila Sagala/Sialkot Pushkalavati/Peucela | ||||||||
| Bahasa yang umum digunakan | Greek (Abjad Greek) Pali (skrip Kharoshthi) Sanskrit, Prakrit (skrip Brahmi) Mungkin bahasa Aramia | ||||||||
| Agama | Agama Buddha Agama Yunani Agama Hindu Zoroastrianisme | ||||||||
| Kerajaan | Pemerintahan beraja | ||||||||
| Raja | |||||||||
| Apollodotus I | |||||||||
| Strato II | |||||||||
| Era Sejarah | Zaman purba | ||||||||
• Didirikan | 180 SM | ||||||||
• Dibubarkan | 10 Masihi | ||||||||
| |||||||||
Kerajaan Indo-Yunani |
|---|
| Sumber kuno |
| Sejarah |
| Agama |
| Seni |
| Warisan |
Orang Indo-Yunani, juga dikenali sebagai Orang Yunani di Asia Selatan, dibawa ke Asia Selatan melalui perluasan keyunanian. Mereka mengasaskan Kerajaan Indo-Yunani atau Kerajaan Yunani-India yang merangkumi beberapa kawasan barat laut dan utara di subbenua India pada sepanjang dua abad SM yang terakhir, dan diperintah oleh melebihi 30 raja keyunanian yang sering bertempur antara satu sama lain. Kerajaan ini diasaskan sewaktu Demetrius, raja Yunani-Bactria, menyerang India pada awal abad ke-2 SM; dalam konteks ini, sempadan "India" ialah Kush Hindu. Orang Yunani di India akhirnya terpisah daripada Kerajaan Yunani-Bactria yang berpusat di Bactria (kini terletak di sempadan di antara Afghanistan dan Uzbekistan).
Ungkapan "Kerajaan Indo-Yunani" secara longgar memerihalkan sebilangan tatanegara dinasti yang berbeza. Terdapat banyak kota seperti Taxila, Punjab di Pakistan, atau Pushkalavati dan Sagala yang menampung sebilangan dinasti pada waktunya. Berdasarkan Geographia yang ditulis oleh Ptolemy dan tatanama raja-raja yang kemudian, sesuatu Theophila di selatan mungkin juga merupakan pusat pemerintahan satrap atau ibu kota diraja pada suatu ketika.
Selama dua abad pemerintahan mereka, raja-raja Indo-Yunani:
- menggabungkan bahasa dan lambang Yunani dan India, seperti yang dilihat pada syiling mereka; dan
- menyepadukan amalan agama Yunani, agama Hindu, dan agama Buddha, seperti yang dilihat pada tinggalan arkeologi kota-kotanya serta petanda sokongan mereka terhadap agama Buddha yang menunjukkan lakuran pengaruh India dan pengaruh keyunanian.
Penyebaran budaya Indo-Yunani menghasilkan kesudahan yang masih dapat dirasakan pada hari ini, khususnya melalui pengaruh seni Yunani-Buddha.
Orang Indo-Yunani akhirnya hilang sebagai suatu entiti politik pada sekitar 10 Masihi, ekoran daripada serangan orang Indo-Scythia, walaupun mungkin terdapat sejumlah kecil penduduk Yunani di sana sini buat beberapa abad yang berikut di bawah pemerintahan Indo-Parthia dan pemerintahan Kushan yang kemudian.