India Timur Laut

India Timur Laut
Wilayah Timur Laut (NER)
Dari atas, kiri ke kanan: Sela Pass, Majuli, Manipur, Jambatan akar hidup, Mizoram, Mokokchung, Dinding Batu, Kebun Teh Temi
Koordinat: 26°N 91°E / 26°N 91°E / 26; 91
Negara India
Negeri-negeri Arunachal Pradesh

Assam
Manipur

 Meghalaya

Mizoram
Nagaland
Tripura

Sikkim
Bandar terbesarGuwahati
Bandar utama

India Timur Laut, secara rasmi dikenali sebagai Wilayah Timur Laut (NER), ialah kawasan paling timur di India yang mewakili satu bahagian geografi dan pentadbiran politik negara tersebut. Ia merangkumi lapan negeri — Arunachal Pradesh, Assam, Manipur, Meghalaya, Mizoram, Nagaland, dan Tripura (yang lazimnya dikenali sebagai "Tujuh Bersaudara" - Seven Sisters), serta negeri "abang" iaitu Sikkim..

Wilayah ini berkongsi sempadan antarabangsa sepanjang 5,182 kilometer (3,220 batu) (sekitar 99 peratus daripada keseluruhan sempadan geografinya) dengan beberapa negara jiran — ia bersempadan dengan China di utara, Myanmar di timur, Bangladesh di barat daya, Nepal di barat, dan Bhutan di barat laut. Ia terdiri daripada kawasan seluas 262,184 kilometer persegi (101,230 bt2), hampir 8 peratus daripada India. Koridor Siliguri menghubungkan wilayah ini dengan seluruh tanah besar India.