Indeks Persepsi Rasuah

Indeks Persepsi Rasuah (Bahasa Inggeris: Corruption Perceptions Index, secara ringkas (CPI)) adalah indeks tahunan yang dikeluarkan semenjak 1995, oleh Badan Ketelusan Antarabangsa. Pertubuhan ini menyusun senarai negara mengikut "darjah di mana rasuah ini dianggap wujud di kalangan pegawai-pegawai dan ahli politik awam". Pertubuhan ini mentakrifkan rasuah sebagai "penyalahgunaan kuasa yang diamanahkan untuk keuntungan peribadi".