Al-Tirmizi

Al-Tirmizi
Peribadi
Kelahiran824/ 209 H
Kematian9 Oktober 892/ 13 Rejab 279 AH (umur 70 tahun)
AgamaIslam
EraZaman kegemilangan Islam
KawasanKhilafah Abbasiyah
Mazhab akidahSunni
AkidahAthari
Kecenderungan utamaHadith
Karya pentingJami al-Tirmizi
Syamail Muhammadiyah
Pemimpin Islam
Dipengaruhi oleh

Muhammad ibn Isa al-Tirmizi (Arab: محمد بن عيسى الترمذي, rumi: Muḥammad ibn ʿĪsā at-Tirmidhī; 824 – 9 Oktober 892 CE / 209 - 279 AH), sering dirujuk sebagai Imam al-Tirmizi (juga disebut al-Turmuzi dan al-Tarmizi), ialah seorang sarjana Islam dan penghimpun hadis dari Termez (dikenali juga dengan Khorasan dan kini Uzbekistan). Beliau mengarang buku al-Jami` as-Sahih (dikenali dengan Jami` at-Tirmidhi), yang diiktiraf sebagai satu daripada enam himpunan hadis utama dalam Islam aliran Ahli Sunah Waljamaah. Beliau juga mengarang Syamail Muhammadiyah, sebuah himpunan hadis yang memperihalkan individu dan perwatakan nabi orang Islam, Nabi Muhammad. Al-Tirmizi juga mahir dalam nahu Arab, lebih mengutamakan mazhab Kufah berbanding Basrah kerana memelihara syair Arab sebagai sumber utama.