Imagin (album)
| Imagin | ||||
|---|---|---|---|---|
| Album studio oleh | ||||
| Dilancarkan pada | 4 Jun 2007 | |||
| Dirakamkan pada | Oktober 2005-Mei 2007 | |||
| Studio |
| |||
| Genre | ||||
| Bahasa | Bahasa Melayu | |||
| Syarikat | LH Media Life Records | |||
| Penerbit | ||||
| Kronologi Liza Hanim | ||||
| ||||
| Single daripada Imagin | ||||
| ||||
| sunting · sunting di Wikidata | ||||
Imagin ialah album studio ketujuh oleh penyanyi Malaysia, Liza Hanim. Ia dikeluarkan pada Jun 2007, oleh LIFE Records. Ia adalah album baharunya yang pertama dalam tempoh lebih tiga tahun, selepas keluaran Ku Teruskan (2003). Ditulis dan diterbitkan oleh Liza Hanim, Audi Mok, Sharon Paul, dan Hazami, Imagin ialah album pop dan R&B dengan pengaruh muzik tarian, terutamanya synth-pop.
Lagu Merawat Luka Terpendam yang pernah dijadikan lagu tema siri TV Natasha adalah lagu yang paing mendapat sambutan pendengar sejajar dengan populariti drama tersebut. Lagu Lara dan Bebaskan mendaki carta-carta radio pada tahun 2007. Album ini hanya tercalon untuk kategori Album Pop Terbaik di Anugerah Industri Muzik. Penampilan Liza Hanim menerusi album ini adalah penampilan terakhir beliau dengan imej tanpa bertudung. Album ini juga adalah album penuh terakhir Liza Hanim sebelum menyepi dari industri seni.
Beliau kemudian muncul dengan 2 buah lagu baru di dalam album Siapa Peduli (projek khas) terbitan MAPIM bersama artis-artis lain pada tahun 2011. Namun, penglibatan beliau hanya sekadar di dalam album tersebut sahaja :'(
Tidak dinafikan Liza Hanim adalah antara Penyanyi Wanita Terbaik di Malaysia. Berbekalkan vokal yang lembut dan merdu, sehingga kini tiada sesiapa yang mampu meniru kelunakkan vokal beliau.