Ilustrasi (album Mega)

Ilustrasi
Album studio oleh Kumpulan Mega
Dilancarkan pada30 April 1991
Dirakamkan pada1990/1991
TempatMalaysia
GenreRock
BahasaBahasa Melayu
SyarikatJojo's Production
PengedarBMG Pacific
PenerbitRahim Othman
Kronologi Kumpulan Mega
Mega
(1989)
Ilustrasi
(1991)
Rentak Kaki Lima
(1993)
sunting · sunting di Wikidata


Ilustrasi merupakan album studio kedua Kumpulan Mega yang dikeluarkan pada tahun 1991. Album Ilustrasi ini juga merupakan album pertama Mega yang memperkenalkan Rahmad (vokal) dan Munir (dram) sebagai anggota baharu mereka, menggantikan dua anggota yang terdahulu iaitu Zarith dan Joey yang menarik diri setelah pertandingan Juara Lagu '90 melabuhkan tiraianya.

Album ini mempertaruhkan lagu hit "Takdir Dan Waktu", ciptaan komposer terkenal Rahim Othman dan lirik oleh Juwie. Lagu tersebut nyata memberi tuah buat kumpulan ini apabila dinobatkan sebagai Lagu Terbaik Juara Lagu '91 (Juara Keseluruhan). Selain itu, album ini juga mengandungi sebuah lagu yang digam daripada penyiaran iaitu "Puteri Nastasea".