Ilmu perbandingan agama

Ilmu Perbandingan Agama ialah ilmu yang mempelajari asal-usul, ciri-ciri dan struktur asasi agama-agama dengan maksud untuk menentukan persamaan-persamaan dan perbezaan-perbezaannya yang sebenarnya serta setakat mana hubungan agama yang satu dengan agama yang lain sehingga dapat diungkapkan hakikat dan pentingnya agama bagi pemeluknya masing-masing. Dewasa ini Ilmu Perbandingan Agama dipelajari di bawah beraneka ragam cabang ilmu seperti sejarah agama, psikologi agama, sosiologi agama, fenomenologi agama, dan falsafah agama serta beberapa ilmu-ilmu bantu yang lainnya. Tiap-tiap cabang ilmu itu mempunyai pendekatan dan metodenya sendiri-sendiri.