Ikrimah ibn Abu Jahal
Ikrimah bin Abi Jahal ialah anak lelaki Abu Jahal (salah seorang bangsawan Quraisy dan juga musuh ketat Islam). Pada awal kemunculan Islam, beliau seperti bapanya juga, merupakan musuh ketat Nabi Muhammad s.a.w. Selepas Nabi Muhammad menakluki kota Makkah, beliau memasuki Islam dan berjuang bersama tentera Islam.