Ikon komputer
Gambar yang tertera pada paparan layar atau monitor komputer yakni ikon bertujuan membantu pengguna mencari fungsi-fungsi sistem komputer melalui simbol yang ringkas melambangkan sesuatu perisian, fungsi, atau fail data yang boleh diakses pada sistem seumpama tanda lalu lintas. Pemaparan sebegini turut boleh menunjukkan terus cara menggunakan fungsi diterapkan dalam komputer. Pengguna boleh mengaktifkan gambar sebegini menggunakan alat penunjuk tertentu seperti tetikus, laser penunjuk atau arahan suara.