Ikan Belacak

Ikan Belacak
Periophthalmus modestus
SUMA Aqualife Park (Japan)
Pengelasan saintifik
Alam:
Filum:
Kelas:
Order:
Keluarga:
Gobiidae
Subkeluarga:
Oxudercinae
Genera

Apocryptes
Apocryptodon
Boleophthalmus
Oxuderces
Parapocryptes
Periophthalmodon
Periophthalmus
Pseudapocryptes
Scartelaos
Zappa (genus)

Ikan Belacak atau juga dikenali sebagai Ikan Tembakul atau Ikan Belodok, merupakan ahli subkeluarga Oxudercinae (suku: Periophthalmini), dalam famili Gobiidae (Gobies). Ikan belacak merupakan ikan amfibia, disesuaikan secara unik bagi habitat muara pasang surut, berbeza dengan kebanyakan ikan di habitat sedemikian, yang hidup dengan air surut dengan bersembunyi di bawah rumpt laut basah atau dalam kolam pasang surut. Ikan belacak agak aktif semasa di luar air, makan dan berinteraksi sesama sendiri, contohnya mempertahankan kawasan mereka.

Ikan Belacak hanya terdapat di kawasan tropika dan separa tropika, termasuk keseluruhan Lautan Hindi-Pasifik dan Lautan Atlantik di persisiran Afrika.