Ikan emas

Ikan emas
Pengelasan saintifik
Domain: Eukaryota
Alam: Haiwan
Filum: Chordata
Kelas: Actinopterygii
Order: Cypriniformes
Keluarga: Cyprinidae
Subkeluarga: Cyprininae
Genus: Carassius
Spesies:
C. auratus
Nama binomial
Carassius auratus
(Linnaeus, 1758)
Sinonim
List of synonyms
    • Carassius discolor (Basilewsky, 1855)
    • Carassius burgeri (Temminck & Schlegel, 1846)
    • Carassius coeruleus (Basilewsky, 1855)
    • Carassius encobia (Bonaparte, 1845)
    • Carassius grandoculis (Temminck & Schlegel, 1846)
    • Carassius pekinensis (Basilewsky, 1855)
    • Cyprinus auratus (Linnaeus, 1758)
    • Cyprinus gibelioides (Cantor, 1842)
    • Cyprinus mauritianus (Bennett, 1832)
    • Cyprinus chinensis (Gronow, 1854)
    • Cyprinus maillardi (Guichenot)
    • Cyprinus nigrescens (Günther, 1868)
    • Cyprinus thoracatus (Valenciennes 1842)
    • Neocarassius ventricosus (Castelnau, 1872)

Ikan emas atau ikan mas (Carassius auratus) ialah ikan air tawar dalam keluarga Cyprinidae bagi order Cypriniformes. Ia salah satu ikan terawal yang dibela jinak, dan masih merupakan ikan akuarium yang dipelihara. Selain daripada merupakan ahli yang agak kecil kepada keluarga ikan kap (yang merangkumi ikan koi serta kap Krusia), ikan emas ialah versi bela jinak bagi kap kelabu tua yang berasal dari Asia Timur (dibela jinak buat pertama kali di China) dan yang dibawa masuk ke Eropah pada akhir abad ke-17. Mutasi yang melahirkan ikan emas juga diketahui daripada spesies-spesies siprinid yang lain, seperti kap biasa dan tench.

Ikan emas boleh membesar sehingga 23 inci (59 sentimeter) panjangnya dan 9.9 paun (4.5 kilogram) beratnya, walaupun saiz ini jarang dicapai; sebenarnya, tidak banyak ikan emas yang dapat mencapai sehingga separuh saiz ini. Dalam keadaan-keadaan optimum, ikan emas boleh hidup selama 20 tahun lebih (rekod dunia ialah 49 tahun), tetapi kebanyakan ikan emas yang dipelihara di rumah umumnya hanya hidup selama enam hingga lapan tahun, akibat selalu dipelihara di dalam mangkuk.