Ika Nabila
Ika Nabila | |
|---|---|
ايك نبيلا | |
| Kelahiran | Ika Nabila binti Abdul Rahim 22 Jun 1989 |
| Pekerjaan | Penyanyi, Pelakon |
| Tahun aktif | 2008–kini |
| Ketinggian | 5 ft 2 in (1.57 m) |
| Pasangan | Muhammad Zaid (k. 2016) |
| Anak-anak | 1 |
Ika Nabila Abdul Rahim, juga dirujuk sebagai Ika Nabella (lahir 22 Jun 1989) merupakan seorang penyanyi dan pelakon wanita Malaysia. Kerjaya beliau bermula selepas menjadi salah seorang pelajar Akademi Fantasia Musim 6. Beliau mula bergiat aktif dalam bidang lakonan sejak 2009 menerusi drama Zati & Si Mawas dan sejak itu, beliau membintangi puluhan drama dan telefilem.