Idora Abdul Rahman

Idora binti Abdul Rahman merupakan seorang pengarah televisyen Malaysia, terkenal dengan arahan drama Aku Bukan Ustazah, Kekasih Paksa Rela, Cik Ayu Mee Sanggul, Tuan Danial dan lain-lain lagi yang disiarkan di TV3 dan Astro. Beliau merupakan graduan ijazah Sarjana Muda Komunikasi (kepujian) dari Universiti Sains Malaysia.