Idi Amin

Muhammad Idi Amin Ya Robbal Alamin Al-Dada Oumee Bin Ismail
Idi Amin di Perhimpunan Agung PBB di New York, 1975
Dalam jawatan
1971–1979
Naib PresidenMustafa Adrisi
Didahului olehMilton Obote
Digantikan olehYusufu Lule
Maklumat peribadi
Lahirsek. 1925
Koboko atau Kampala
Meninggal dunia16 Ogos 2003(2003-08-16) (umur 78)
Jeddah, Arab Saudi
KewarganegaraanUganda
PasanganMalyamu Amin (bercerai)
Kay Amin (bercerai)
Nora Amin (bercerai)
Madina Amin
Sarah Amin
Bidang pengkhususanPegawai tentera
Paparan amaran: Page using Template:Infobox officeholder with unknown parameter "religion"

Muhammad Idi Amin Ya Robbal Alamin Al-Dada Oumee Bin Ismail (Koboko, Uganda, sekitar tahun 1925–Jeddah, Arab Saudi, 16 Ogos 2003), yang juga dikenal dengan nama Idi Amin, adalah diktator tentera dan Presiden Uganda yang memerintah pada 25 Januari 1971 - 13 April 1979.

Dia memerintah sebagai diktator tentera dan dianggap sebagai salah seorang yang paling kejam dalam sejarah dunia moden.

Pada tahun 1974, Kay Amin, isterinya meninggal dunia dalam keadaan misteri, dengan mayatnya ditemui dikerat-kerat.

Dia juga terlibat dalam rampasan pesawat yang diketuai oleh Palestin. Semasa singgah di Athens, pesawat itu telah dirampas oleh dua militan PFLP–EO Palestin dan dua militan RZ Jerman, yang melencongkan penerbangan ke Libya dan kemudian ke Uganda, di mana mereka mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Entebbe untuk disertai oleh militan lain. Setibanya di Uganda, kumpulan itu mendapat sokongan daripada diktator Uganda, Idi Amin.