Ideogram

Ideogram atau ideograf (daripada Yunani idéa 'idea' + gráphō 'menulis') ialah simbol yang digunakan dalam sesuatu sistem tulisan untuk memperlihatkan idea atau konsep dalam sesuatu bahasa. (Ideogram berbeza dengan fonogram, yang memperlihatkan bunyi pertuturan dan oleh itu tidak terikat dengan sebarang bahasa tertentu.) Sesetengah ideogram sifatnya lebih sembarangan daripada yang lain: ada yang hanya memiliki makna jika suatu konvensi sudah ditentukan; yang lain nampak lebih seperti apa yang ia sepatutnya wakili. Ideogram yang mewakili objek fizikal dengan menggambarkannya secara visual dipanggil piktogram.

  • Angka dan simbol matematik ialah ideogram, contohnya ⟨1⟩ 'satu', ⟨2⟩ 'dua', ⟨+⟩ 'tambah', dan ⟨=⟩ 'sama dengan'.
  • Ampersan ⟨&⟩ digunakan dalam banyak bahasa untuk mewakili perkataan dan, asalnya gabungan berligatur untuk perkataan Latin et.
  • Contoh tipografik lain termasuk ⟨§⟩ 'seksyen', ⟨€⟩ 'euro', ⟨£⟩ 'paun sterling', dan ⟨©⟩ 'hak cipta'.