Ice Age: Collision Course
| Ice Age: Collision Course | |
|---|---|
| Pengarah | Mike Thurmeier Galen T. Chu |
| Dihasilkan oleh | Lori Forte |
| Dibintangi | Ray Romano John Leguizamo Denis Leary Queen Latifah Jennifer Lopez |
Syarikat penerbitan | Blue Sky Studios 20th Century Fox Animation |
| Diedarkan oleh | 20th Century Fox |
Tarikh tayangan |
|
| Negara | Amerika Syarikat |
| Bahasa | Inggeris |
Ice Age: Collision Course ialah sebuah filem animasi komputer stereoskopi Amerika 2016 terbitan Blue Sky Studios. Filem ini merupakan ansuran kelima dalam siri filem Ice Age dan kesinambungan dari filem 2012 Ice Age: Continental Drift. Denis Leary, Ray Romano, Queen Latifah, John Leguizamo, Keke Palmer, Jennifer Lopez dan Chris Wedge kembali menjayakan peranan mereka dari ansuran sebelumnya. Simon Pegg juga menjayakan kembali peranannya sebagai Buck dari filem ketiganya. Mike Thurmeier dan Galen T. Chu menggalas tugas sebagai pengarah. Pelakon barunya termasuk Jesse Tyler Ferguson, Adam DeVine, Nick Offerman, Max Greenfield, Stephanie Beatriz, Melissa Rauch, Carlos Ponce, Michael Strahan, Jessie J dan Neil deGrasse Tyson. Filem ini dikeluarkan pada 22 Julai 2016, oleh 20th Century Fox.