Ibrahim Saad
Allahyarham Tan Sri Dato' Seri Ibrahim Saad PSM; DGPN (Pulau Pinang); DSAP (Pahang); DMPN (Pulau Pinang); DMSM (Melaka) | |
|---|---|
| Kelahiran | Ibrahim bin Saad 3 Ogos 1946 |
| Meninggal dunia | 15 November 2024 (umur 78) |
| Sebab kematian | Komplikasi pernafasan |
| Dikebumikan | Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara, Kuala Lumpur |
| Pekerjaan | Ahli politik |
Allahyarham Tan Sri Datuk Seri Dr Ibrahim Saad (3 Ogos 1946 – 15 November 2024) merupakan Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Sebelum ini, beliau pernah dilantik sebagai Duta Malaysia ke Filipina. Beliau juga merupakan bekas Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Pulau Pinang dan pernah dilantik menjadi Timbalan Menteri Pengangkutan Malaysia (11 Januari 1999 –10 Disember 1999). Beliau pernah juga dilantik sebagai Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang (1990-1995) dan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Mei 1995 sehingga Januari 1999).