Ibn Jubair
Ibn Jubair Arab: ابن جبير, nama penuh: Abu l-Husayn Muhammad ibn Ahmad ibn Jubair al-Kenani (dalam bahasa Arab: أبو الحسين محمد بن أحمد بن جبير الكناني) (September 1145 –1217; ) ialah seorang ahli ilmu alam, pengembara dan penyair dari Al-Andalus. Catatan pengembaraannya memerikan ibadat Haji yang dilakukannya antara tahun tahun 1183 dan 1185 M, dalam tempoh masa sebelum tercetusnya Perang Salib Ketiga. Catatannya menggambarkan negara kerajaan Sultan Salahuddin al-Ayyubi di Mesir dan Levant yang dilaluinya semasa dalam perjalanan ke Makkah. Tambahan pula, penlisannya juga memerikan keadaan semasa di Sicily Kristian yang ditakluk semula daripada Muslim seabad sebelumnya, dan beliau membuat beberapa pemerhatian tentang budaya kacukan yang berkembang di sana.