Muhammad bin Ishaq bin Yasar
| sejarawan Muslim | |
|---|---|
| Gelaran | Ibn Ishaq |
| Nama | Muhammad bin Ishaq bin Yasar |
| Lahir | 85 H /704 M Madinah |
| Wafat | 150–159 H/761–770 M Baghdad |
| Etnik | Arab |
| Zaman | Zaman kegemilangan Islam |
| Wilayah | Madinah, Iskandariah, Baghdad |
| Minat utama | Sirah Nabi |
dipengaruhi oleh
| |
Mempengaruhi | |
Muhammad bin Ishaq bin Yasar bin Khiyar (mengikut beberapa sumber, bin Khabbar, atau Kuman, atau Kutan, Arab: محمد بن إسحاق بن يسار بن خيار, atau lebih ringkas, ibn Ishaq ابن إسحاق, yang bermaksud "anak lelaki Ishaq") (meninggal dunia 767, atau 761 M) ialah seorang sejarawan Muslim berbangsa Arab. Ibn Ishaq telah mengumpulkan periwayatan lisan yang menjadi asas penting biografi Nabi Muhammad SAW.