Iajuddin Ahmed

Iajuddin Ahmed
ইয়াজউদ্দিন আহম্মেদ
Presiden Bangladesh
Dalam jawatan
6 September 2002 – 12 Februari 2009
Perdana MenteriKhaleda Zia
Fazlul Haque (Memangku)
Fakhruddin Ahmed (Memangku)
Sheikh Hasina Wazed
Didahului olehMuhammad Jamiruddin Sarkar
Digantikan olehZillur Rahman
Perdana Menteri Bangladesh
Memangku
Dalam jawatan
29 Oktober 2006 – 11 Januari 2007
Didahului olehKhaleda Zia
Digantikan olehFazlul Haque (Memangku)
Maklumat peribadi
Lahir(1931-02-28)28 Februari 1931
Bikrampur, Raj British (kini Bangladesh)
Meninggal dunia10 Disember 2012(2012-12-10) (umur 81)
Bangkok, Thailand
Parti politikBebas
PasanganAnwara Begum
AnakImtiaz Ahmed Babu, Sujan Ahmad, Adam Ahmad
Tempat belajarUniversiti Dhaka
Universiti Wisconsin, Madison
Paparan amaran: Page using Template:Infobox officeholder with unknown parameter "religion"

Iajuddin Ahmed (Benggali: ইয়াজউদ্দিন আহম্মেদ) (28 Februari 1931 - 10 Disember 2012) adalah Presiden Bangladesh yang ke-13, berkhidmat dari 6 September 2002 hingga 12 Februari 2009. Beliau dilahirkan di dalam sebuah keluarga yang dihormati di Munshiganj, Bengal (kini Bangladesh). Bapa beliau adalah Moulvi Ibrahim Mia.

Prof. Ahmed pernah menjadi penasihat kepada pemerintah sementara pada tahun 1991. Beliau telah menjadi pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam dari 1991 ke 1993 dan juga pengerusi Suruhanjaya Bantuan Kewangan Universiti dari 1995 ke 1999. Beliau juga memegang jawatan pengerusi Jabatan Sains Tanah di Universiti Dhaka dan dekan Fakulti Sains Kajihayat di universiti yang sama.

Ahmed menjalani pembedahan jantung pada 28 Oktober 2012. Beliau kemudian mendapat komplikasi berkait-ginjal lalu dan terpaksa menggunakan sistem sokongan hayat. Beliau meninggal dunia pada 10 Disember 2012 di Hospital Antarabangsa Bumrungrad di Bangkok, Thailand.