Iain Armitage
Iain Armitage (lahir 15 Julai 2008) merupakan pelakon kanak-kanak Amerika Syarikat yang juga merupakan pengkritik pementasan dalam talian. Beliau merupakan anak kepada pelakon Euan Morton dan penerbit teater, Lee Armitage. Beliau melakon watak sebagai Ziggy Chapman dalam siri mini HBO, Big Little Lies. Pada Januari 2017, Armitage membintangi sebuah episod Law & Order: Special Victims Unit, melakonkan watak kanak-kanak bernama Theo Lachere yang diculik. Beliau turut pernah kelihatan muncul dalam sebuah episod Impractical Jokers dimana beliau bercakap dengan Murray
Pada tahun 2017, beliau memegang watak dalam The Glass Castle dan sebagai Sheldon Cooper ketika muda dalam siri Young Sheldon, prekuel kepada siri The Big Bang Theory.