Stesen Angkasa Antarabangsa

Stesen Angkasa Antarabangsa
Stesen Angkasa Antarabangsa pada 23 Mei 2010 seperti yang dilihat dari Bolak-balik angkasa lepas Atlantis berlepas semasa STS-132.
Statistik stesen
COSPAR ID1998-067A
SATCAT №25544
PengenalAlpha, Station
KrewDipenuhi krew: 6
Menetap kini: 3
(Ekspidisi 52)
Dilancarkan20 November 1998 (1998-11-20)
Pelantar pelancar
  • Baikonur 1/5 dan 81/23
  • Kennedy LC-39
Jisim≈ 419,455 kg
Panjang72.8 m
Lebar108.5 m
Tinggi≈ 20 m
nadir-zenith, mengarahkan ke hadapan
(27/11/2009)
Isipadu bertekanan tinggi931.57 m3 (32,898 ka3)
(28/05/2016)
Tekanan atmosfera101.3 kPa
Perigee400.2 km AMSL
Apogi409.5 km AMSL
Kesendengan pengorbitan51.64 darjah
Kelajuan pengorbitan7.67 km/s (27,600 km/j; 17,200 mph)
Tempoh orbit92.65 minit
Orbit per hari15.54
Epok orbit30/09/2016, 18:10:52 UTC
Hari dalam orbitan26 tahun, 10 bulan, 22 hari
(12 Oktober)
Hari diduduki24 tahun, 11 bulan, 10 hari
(12 Oktober)
Bil. orbit101,081 setakat Julai 2016
Susutan orbit2 km/bulan
Statistik sejak 9 Mac 2011
(melainkan dinyatakan sebaliknya)
Rujukan:
Konfigurasi
Elemen stesen setakat Julai 2021
(pandangan isometri tercerai)

Stesen Angkasa Antarabangsa (bahasa Inggeris: International Space Station, ISS, Rusia: Междунаро́дная косми́ческая ста́нция, МКС) ialah sebuah stesen kemudahan penyelidikan antarabangsa yang sekarang ini masih lagi dipasang di dalam orbit rendah bumi. Stesen Angkasa Antarabangsa berada pada ketinggian 360 km dari permukaan bumi. Stesen ini mengorbit(mengelilingi) Bumi setiap 92 minit dengan kelajuan 27,744 km/j Dalam sehari, Stesen Angkasa Antarabangsa mengelilingi Bumi lebih kurang 15.7 orbit.

Stesen ini telah dilancarkan pada 20 November 1998. Seramai tiga orang angkasawan bertugas di stesen ini pada satu-satu masa. Angkasawan yang akan dihantar ke angkasa lepas harus menjalani latihan di ISS terlebih dahulu.

Stesen Angkasa Antarabangsa dibina dari gabungan kepakaran, teknologi, dan kos beberapa agensi angkasa dunia seperti Amerika Syarikat, Rusia, China, Jepun, Kanada, dan Eropah.

Stesen Angkasa Antarabangsa boleh memuatkan tiga orang angkasawan. Buat masa ini, angkasawan yang bertugas di ISS ialah daripada Amerika Syarikat dan Rusia..

Fungsi Stesesn Angkasa Antarabangsa adalah untuk menjalankan uji kaji serta penyelidikan dalam angkasa lepas serta memantau angkasa lepas.