Kesatuan Astronomi Antarabangsa

Kesatuan Astronomi Antarabangsa
Kerangka
KependekanIAU 
Jenis/bentuk sahPertubuhan sains, pertubuhan antarabangsa 
BidangAstronomi 
Anggota bagiMajlis Sains Antarabangsa, Jawatankuasa mengenai Penyelidikan Angkasa, Majlis Sains Antarabangsa 
Bahasa rasmiBahasa Perancis, bahasa Inggeris 
Tapak webwww.iau.org 
Sejarah
Ditubuhkan1919 
PengasasBenjamin Baillaud 
Pengurusan
PengerusiRobert Williams, Ewine van Dishoeck, Debra Elmegreen, Willy Benz 
Setiausaha agungTeresa Lago 
SubsidiariKumpulan Kerja Kesatuan Astronomi Antarabangsa mengenai Nama Bintang 
Lokasi
Ibu pejabatParis 
Lokasi
  • Perancis 
Koordinat48°50′5.24″N 2°20′6.86″E / 48.8347889°N 2.3352389°E / 48.8347889; 2.3352389
Kawasan perkhidmatanBumi 
sunting · sunting di Wikidata

Kesatuan Astronomi Antarabangsa (bahasa Inggeris: International Astronomical Union, disingkatkan kepada IAU, Perancis: L’union astronomique internationale, disingkatkan kepada UAI) adalah satu kesatuan yang terdiri daripada ahli astronomi profesional yang mempunyai ijazah Ph.D. dan ke atas, bergiat di dalam penyelidikan dan pendidikan profesional di dalam bidang astronomi.Ia diiktiraf di peringkat antarabangsa oleh ahli-ahli astronomi/falak sebagai satu badan astronomi rasmi yang berwibawa untuk menamakan bintang-bintang, planet-planet, asteroid-asteroid, dan jasad-jasad cakrawala dan fenomena-fenomena berkaitan. Ia juga merupakan ahli kepada Majlis Sains Antarabangsa (ICSU).

Kumpulan-kumpulan kerja termasuklah Kumpulan Kerja Untuk Tatanama Sistem Planet (WGPSN), yang mengekalkan Persetujuan Penamaan Astronomi dan tatanama planet bagi jasad-jasad planet. IAU juga bertanggungjawab kepada sistem Telegram Astronomi yang dihasilkan dan diagih-agihkan bagi pihaknya oleh Pusat Biro Telegram Astronomi. Pusat Planet Minor (MPC), satu cara pembersihan bagi semua jasad bukan planet atau bukan jasad bukan bulan di dalam sistem solar, juga beroperasi di bawah IAU.