i-City
| I-City | |
|---|---|
| Lokasi | |
| Koordinat | 3°3′57.43″N 101°29′0.08″E |
| Dibuka | Disember 2009 |
| Pemilik | i-Berhad |
| Tema | Taman tema |
Laman sesawang | www.i-city.my |
| sunting · sunting di Wikidata | |
i-City atau i-City Selangor (dahulunya dikenali sebagai Bandar Sumur) ialah sebuah perbandaran baru yang terletak di dalam kawasan Lembah Klang, Selangor, Malaysia. Lebih tepat lagi pekan baru ini terletak di Seksyen 7 Shah Alam berdekatan Sungai Rasau yang terletak di antara Bandar Baru Klang, Klang dan Shah Alam. Jaringan jalan raya dari/ke I-City dihubungkan ke Lebuhraya Persekutuan.
Pekan baru ini dahulunya merupakan tapak bagi pusat pameran "Pengembaraan Angkasa Lepas Bandar Sumur" (bahasa Inggeris: Sumur City Aerospace Adventure) yang berlangsung pada tahun 1995. Kini, pekan ini dipenuhi pokok-pokok tiruan yang dipasang lampu berwarna-warni.