Wilayah Hwanghae Utara

Wilayah Hwanghae Utara
황해북도
Transkripsi Korea
 • Chosŏn'gŭl
 • Hancha
 • McCune‑ReischauerHwanghaebuk-to
 • Perumian semakanHwanghaebuk-do
NegaraKorea Utara
KawasanHaeso
Ibu kotaSariwon
Subbahagian3 bandar; 19 kaunti
Pentadbiran
 • Pengerusi Jawatankuasa RakyatRyang Jong-hun (WPK)
 • Pengerusi Jawatankuasa RakyatIm Hun
Keluasan
 • Jumlah8,154 km2 (3,148 batu persegi)
Penduduk
 (2008)
 • Jumlah2,113,672
 • Kepadatan260/km2 (670/batu persegi)
DialekHwanghae

Wilayah Hwanghae Utara (Hwanghaebuk-to; sebutan bahasa Korea: [hwaŋ.ɦɛ.buk̚.t͈o]) adalah wilayah di Korea Utara. Wilayah ini dibentuk pada tahun 1954 ketika bekas Wilayah Hwanghae berpecah menjadi Hwanghae Utara dan Selatan. Ibu kota wilayah ialah Sariwon. Wilayah ini bersempadan dengan Pyongyang dan Pyongan Selatan di utara, Kangwon di timur, Kawasan Perindustrian Kaesong di selatan, dan Hwanghae Selatan di barat daya. Pada tahun 2003, Bandar Ditadbir Langsung Kaesong (Kaesong Chikhalsi) menjadi sebahagian daripada Hwanghae Utara.