Hussin Ismail

Yang Berhormat Senator Tuan Haji Hussin Ismail ialah seorang aktivis kemanusiaan di Malaysia kelahiran Terengganu. Beliau telah mengasaskan Unit Amal PAS pada tahun 1988. Beliau merupakan pengasas dan Presiden Yayasan Amal Malaysia sejak ditubuhkan pada 2001. Beliau turut mengasaskan rangkaian sekolah tahfiz, Akademi Al-Quran Amalillah pada 2017. Beliau telah dianugerahkan Tokoh Maal Hijrah peringkat negeri Terengganu pada 2020. Beliau juga merupakan Pengerusi Tetap Muktamar Tahunan Parti Islam Se-Malaysia (PAS) sejak 2015.