Hukum elektrolisis Faraday
Hukum elektrolisis Faraday atau teori ion Faraday merujuk kepada hubungan kuantitatif berdasarkan penyelidikan elektrokimia yang diterbitkan Michael Faraday pada 1834. Beliau menyatakan bahawa:
- Arus elektrik di dalam leburan atau larutan elektrolit dibawa oleh atom bercas yang dikenali sebagai ion.
- Ion-ion positif akan tertarik kepada katod manakala ion-ion negatif akan tertarik kepada anod apabila arus elektrik mengalir.