Hugh Low
Hugh Low GCMG | |
|---|---|
Hugh Low | |
| Residen Perak | |
| Dalam jawatan 1 April 1877 – 31 Mei 1889 | |
| Didahului oleh | James G. Davidson |
| Digantikan oleh | Frank A. Swettenham |
| Gabenor Labuan | |
| Dalam jawatan 1866–1867 | |
| Didahului oleh | Thomas Fitzgerald Callaghan |
| Digantikan oleh | John Pope Hennessy |
| Maklumat peribadi | |
| Lahir | 10 Mei 1824 Upper Clapton, United Kingdom |
| Meninggal dunia | 18 April 1905 (umur 80) Alassio, Italy |
| Pasangan |
|
| Anak | Hugh Brooke Low Catherine Elizabeth Low |
| Ibu bapa |
|
| Saudara | Stuart Low (adik) |
Sir Hugh Low, GCMG (10 May 1824 – 18 April 1905) merupakan seorang pegawai jajahan dan naturalis British. Beliau menduduki Labuan sebagai seorang pentadbir sebelum berpindah ke Semenanjung Tanah Melayu sebagai Residen Perak.
Pelaksanaan dasar-dasar pemerintahan beliau yang berjaya banyak mempengaruhi cara pentadbiran British di jajahan rantau Nusantaranya. Beliau terkenal sebagai pelopor usaha perkebunan pokok getah di kepulauan ini yang mempengaruhi ekonomi setempat Tanah Melayu pada abad-abad berikutnya. Beliau turut merupakan orang pertama melakukan percubaan mendaki Gunung Kinabalu semasa jawatannya di Borneo tahun 1851; puncak tertinggi di gunung ini yakni Puncak Low (Low's Peak) dinamakan sempena beliau.