Hudson's Bay Company

Hudson's Bay Company
Compagnie de la Baie d'Hudson
Dinamakan sempenaTeluk Hudson 
Jenis/bentuk sahSyarikat awam
Didagangkan sebagaiTSXHBC
IndustriPeruncitan, retail sale in non-specialised stores, perdagangan 
DitubuhkanLondon, England
2 May 1670 (2 May 1670)
PengasasMédard des Groseilliers
Pierre-Esprit Radisson 
Ibu pejabat8925 Torbram Road, Brampton, Ontario, Kanada
Tokoh penting
  • Richard A. Baker
    (Gabenor & pengerusi eksekutif)
  • Helena Foulkes
    (CEO)
Hasil CAD5.223 bilion (2014)
Pendapatan bersih CAD258.1 juta (2014)
Jumlah aset CAD12.23 bilion (2018)
PemilikNRDC Equity Partners (48%)
Bilangan kakitangan70,000 
Pembahagian
  • Galeria Kaufhof
  • Home Outfitters
  • Hudson's Bay
  • Lord & Taylor
  • Saks Fifth Avenue
  • Saks Fifth Avenue OFF 5TH
Anak syarikatHudson's Bay, Puget Sound Agricultural Company, Simpsons 
Tapak webwww.hbc.com
sunting · sunting di Wikidata

Hudson's Bay Company (HBC; Perancis: Compagnie de la Baie d'Hudson - "Syarikat Teluk Hudson") ialah sebuah kelompok dagang peruncitan di Kanada; ia tidak sahaja menjalankan kedai-kedai di sana tetapi juga di Amerika Syarikat serta beberapa negara di Eropah iaitu Belgium, Belanda dan Jerman. Syarikat utama kelompok ini ialah Hudson's Bay, namun terdapat juga divisyen lain termasuk Galeria Kaufhof, Home Outfitters, Lord & Taylor dan Saks Fifth Avenue. Syarikat ini beribupejabat di Brampton, Ontario; ia turut disenaraikan dalam Bursa Saham Toronto di bawah singkatan "HBC".

Ia mulanya menjalankan suatu monopoli perdagangan bulu di sebahagian besar kawasan Amerika Utara yang dikenali sebagai Tanah Rupert. Pada tahun 1670, ia dikurniakan suatu piagam diraja oleh Kerajaan England lalu menjadikan ia suatu kerajaan de facto selama hampir 200 tahun hingga 1869 di mana keseluruhan tanah milik ia dijual kepada kerajaan Kanada sebagai salah satu daripada syarat termaktub dalam suatu perjanjian pertukaran. Syarikat ini beralih tumpuannya kepada penjualan barangan runcit yang pelbagai dari bulu haiwan ke perabot mahal di beberapa gudang serata Kanada pada pertengahan abad ke-19, lama-kelamaan berkembang menjadi pasar raya yang banyak didapati dan dimiliki syarikat ini kini.