Hubungan Malaysia–Palestin

Hubungan Malaysia–Palestin

Malaysia

Palestin
Misi diplomatik
Kedutaan Malaysia, KaherahKedutaan Palestin, Kuala Lumpur
Duta
Duta besar Zamani IsmailDuta besar Walid Abu Ali

Hubungan Malaysia dan Palestin merujuk kepada hubungan dua hala antara kedua-dua negara Malaysia dan Palestin. Hubungan Malaysia – Palestin erat kerana masjid ke-3 suci dalam Islam Masjid al-Aqsa berada di Baitulmaqdis, Palestin.

Hubungan dua hala Malaysia dan Palestine merupakan hubungan dua hala yang erat. Pada Tahun 1993, terdapat kira-kira 3,000-5,000 pelajar Palestin di Malaysia, dengan banyak rakyat Palestin juga memilih Malaysia sebagai negara untuk perlindungan sementara. Berkenaan dengan pendudukan Israel di Wilayah Palestin, Malaysia dengan tegas memperjuangkan hak dan kebebasan rakyat Palestin dan telah menyokong perjuangan rakyat Palestin. Malaysia juga enggan mengiktiraf Israel sebagai sebuah negara sehingga perjanjian damai dicapai untuk merealisasikan negara Palestin .