Hotmail
| Microsoft Hotmail | |
|---|---|
| Fail:Hotmail logo.png | |
| Fail:Windows Live Hotmail.png Microsoft Hotmail inbox | |
| Maklumat umum | |
| URLxx S | www |
| Jenis | Webmail |
| Tersedia dalam | 36 languages |
| Ditubuhkan | 1996 |
| Pengurusan dan pentadbiran | |
| Pemilik | Microsoft |
| Penciptaxx S | Microsoft (mul) |
| Pengasasxx S | Sabeer Bhatia and Jack Smith |
| Kandungan dan sokongan | |
| Komersial | Yes |
| Pendaftaran | Required |
| Pengguna | 369 million (March 29, 2011) |
| Dilancarkan pada | 4 Julai 1996 |
| Status terkini | Online |
| Lesenxx S | Proprietary |
| Pembangun webxx S | Microsoft (mul) |
| Perangkaan | |
| Kedudukan Alexaxx S | ▼ 2,688 (August 2012) |
| sunting · sunting di Wikidata | |
Microsoft Hotmail, dahulunya MSN Hotmail dan Windows Live Hotmail, ialah sebuah perkhidmatan web-based email percuma yang dikendali oleh Microsoft dalam kumpulan Windows Livenya.
Hotmail diasaskan oleh Sabeer Bhatia dan Jack Smith sebagai salah satu perkhidmatan e-mel percuma berasaskan web yang terawal di dunia, pada Julai 1996 dengan nama "HoTMaiL", yang mana huruf-huruf besar dalam namanya menyatakan HTML, iaitu bahasa pengekodan yang digunakan di Jaringan Sejagat. Hotmail dibiayai oleh firma modal teroka Draper Fisher Jurvetson. Pada tahun 1997, Hotmail dibeli oleh Microsoft dengan harga kira-kira $400 juta, lalu dijenamakan semula sebagai "MSN Hotmail". Versi sekarang, "Windows Live Hotmail", diumumkan secara rasmi pada tahun 2005 lalu dikeluarkan ke seluruh dunia pada tahun 2007.
Windows Live Hotmail menampung muatan e-mel sebanyak 5GB tetapi boleh dibesarkan lagi jika perlu,langkah-langkah keselamatan yang berpaten, teknologi Ajax, dan penyepaduan dengan Windows Live Messenger, Spaces, Calendar, dan Contacts. Hotmail digunakan oleh lebih 270 juta pengguna di seluruh dunia pada tahun 2008, dalam 36 bahasa.
Kumpulan-kumpulan pembangunan dan operasi Hotmail bertapak di Mountain View, California.