Hotel butik

Hotel butik (Jawi: هوتيل بوتيک) ialah hotel inventori kecil yang didorong oleh reka bentuk bangunan asal dan selalunya terletak di kawasan tumpuan ramai. Kedudukan adalah fokus kedua untuk hotel ini kerana mereka menumpukan pada keaslian dan keperibadian. Mereka memanfaatkan keinginan untuk pengalaman yang indah oleh unsur-unsur seperti alam semula jadi dan persekitaran, masakan, sejarah, budaya dan komuniti tempatan, perkhidmatan dan kesejahteraan.