Hospital Tuanku Ampuan Najihah

Hospital Tuanku Ampuan Najihah merupakan sebuah hospital kerajaan yang terletak di Negeri Sembilan, Malaysia.

Hospital Tuanku Ampuan Najihah merupakan hospital kerajaan kedua terbesar di Negeri Sembilan dan terletak di Kuala Pilah.

Hospital Tuanku Ampuan Najihah dilengkapi dengan 314 katil dan merupakan hospital daerah dengan perkhidmatan pakar, pesakit luar dan wad. Selain itu, Hospital Tuanku Ampuan Najihah juga merupakan hospital mengajar bagi International Medical University (IMU).