Hoki Piala Asia 2013
Stadium Azlan Shah menjadi tuan rumah kejohanan | |||
| Butiran Kejohanan | |||
|---|---|---|---|
| Tuan Rumah | Malaysia | ||
| Bandar | Ipoh | ||
| Pasukan | 8 | ||
| Tempat | Stadium Azlan Shah | ||
| Juara | Korea Selatan (Kejuaraan ke-4) | ||
| Naib Juara | India | ||
| Ketiga | Pakistan | ||
| Keempat | Malaysia | ||
| Statistik Kejohanan | |||
| Jumlah perlawanan | 20 | ||
| Jaringan gol | 135 (6.75 per perlawanan) | ||
| Penjaring terbanyak | Jang Jong Hyun (8 gol) | ||
| Pemain Terbaik | V. R. Raghunath | ||
| |||
Hoki Piala Asia 2013 adalah kejohanan kelapan setakat ini dalam Hoki Piala Asia lelaki. Ia telah diadakan pada 24 Ogos hingga 1 September 2013 di Ipoh, Perak, Malaysia. Pemenang kejohanan ini akan melayakkan diri ke Piala Dunia 2014 di Belanda.
Korea Selatan menewaskan India 4-3 pada perlawanan akhir untuk memenangi gelaran yang keempat mereka.