Hishamuddin Rais
Hishamuddin Rais (juga dikenali dengan nama Isham Rais) merupakan seorang aktivis politik yang terkenal di Malaysia. Dilahirkan pada 3 Februari, 1951 di Jemapoh, Kuala Pilah, Negeri Sembilan. Beliau mendapat pendidikan menengahnya di Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK) sebelum melanjutkan pelajaran ke Universiti Malaya dalam pengajian Sejarah Asia Tenggara pada tahun 1971.