| Hiroshima Toyo Carp |
|---|
|
| Fail:HiroshimaToyoCarpLogo.svg |
|
| Logo pasukan |
Lencana topi |
|
|
| Liga | Nippon Professional Baseball
- Liga Pusat (1950–kini)
|
|---|
| Lokasi | Minami-ku, Hiroshima, Hiroshima, Jepun |
|---|
| Stadium | Mazda Zoom-Zoom Stadium Hiroshima |
|---|
| Tahun penubuhan | 5 Disember 1949 (1949-12-05) |
|---|
| Nama gelaran | Koi (鯉, carp) |
|---|
| Pennant CL | 9 (1975, 1979, 1980, 1984, 1986, 1991, 2016, 2017, 2018) |
|---|
| Kejuaraan Japan Series | 3 (1979, 1980, 1984) |
|---|
| Nama lama |
- Hiroshima Carp (1950–1967)
|
|---|
| Stadium lama |
- Hiroshima Municipal Stadium (1957–2008)
- Hiroshima Sogo Ground Baseball Park (1950–1957)
|
|---|
| Warna | Merah, putih |
|---|
| Maskot | Slyly |
|---|
| Kemunculan playoff | 5 (2013, 2014, 2016, 2017, 2018) |
|---|
| Nombor tidak digunakan | 3, 8, 15 |
|---|
| Pemilikan | Hajime Matsuda |
|---|
| Pengurusan | Keluarga Matsuda |
|---|
| Pengurus | Takahiro Arai |
|---|
|
|
Hiroshima Toyo Carp (広島東洋カープ, Hiroshima Tōyō Kāpu) ialah pasukan besbol profesional Jepun yang berpusat di Hiroshima. Pasukan ini bertanding di Nippon Professional Baseball (NPB). Pasukan ini telah dimiliki oleh keluarga Matsuda yang diketuai oleh Hajime Matsuda (松田元, Matsuda Hajime), seorang daripada keturunan pengasas Mazda, Jujiro Matsuda. Mazda merupakan pemegang saham terbesar (34.2%), iaitu kurang sedikit bahagian yang dimiliki oleh keluarga Matsuda (kira-kira 60%). Oleh sebab itu, Mazda tidak dikira sebagai pemilik firma. Walau bagaimanapun, hubungan syarikat itu telah ditampilkan pada nama pasukan sehingga tahun 1984, nama rasmi Mazda ialah Toyo Kogyo Co., Ltd. (東洋工業株式会社, Tōyō Kōgyō Kabushiki Gaisha). Pasukan Carp juga merupakan satu-satunya pasukan daripada 28 pasukan besbol Asia yang majoritinya dimiliki secara persendirian. Carp telah ditubuhkan setelah empat tahun peristiwa pengeboman atom Hiroshima. Kemudian, pasukan ini bangkit sebagai juara Liga Pusat seiring dengan pembinaan semula bandar Hiroshima. Maka, pasukan ini sering dirujuk sebagai "simbol kebangkitan Hiroshima selepas perang".