Hipodrom
Hipodrom (Yunani: ἱππόδρομος) ialah stadium lama atau arena untuk perlumbaan kuda dari zaman pemerintahan Empayar Byzantium di Konstantiniah. Hipodrom biasanya berbentuk segi empat lonjong, dengan tempat duduk bertingkat di sepanjang arena yang mampu menampung lebih daripada 60,000 penonton.
Hari ini, banyak hipodrom sudah dibongkarkan, sesetengahnya oleh Turki Uthmaniyah supaya batunya dapat digunakan sebagai bahan binaan selepas Konstantinopel ditawan tahun 1453. Namun, beberapa runtuhan masih dapat ditemui, seperti Hipodrom Konstantinopel di Istanbul. Selain itu, perkataan ini juga digunakan untuk tempat yang serupa dan digunakan untuk sukan dan hiburan awam, seperti hipodrom di London yang dibuka pada tahun 1900 yang menggabungkan sarkas, hipodrom dan pertunjukan pentas.