Hymni i Flamurit
Hymni i Flamurit adalah lagu kebangsaan Albania. Liriknya ditulis oleh penyair Albania Aleksander Stavre Drenova. Pada mulanya, ia dicetak sebagai puisi dalam Liri e Shqipërisë (Kebebasan Albania), akhbar Albania di Sofia, Bulgaria. Muzik lagu kebangsaan dikarang penggubah dari Romania Ciprian Porumbescu. Dalam perlembagaan Albania lagu kebangsaan adalah Rreth Flamurit të Përbashkuar (Terjemahan bahasa Inggeris: Persatuan sekeliling Bendera, walaupun sering diterjemah sebagai Bersatu di sekeliling Bendera Kita), yang merupakan rangkap pertama puisi. Kadangkala nama generik Hymni Kombëtar (Lagu kebangsaan) digunakan.