Hikayat Iskandar Zulkarnain
Hikayat Iskandar Dzulkarnain atau Hikayat Iskandar Dzu'l-Karnain merupakan sebuah hikayat lama Melayu yang berkaitan dengan kisah pada zaman agama Islam sedang mulai berkembang. Menurut Law Yock Fang, hikayat ini berawal dari kisah-kisah saduran buku dikarang Kallisthenes, seorang Yunani Mesir yang pernah mendampingi Alexander Agung bertarikh abad ke-2 dan ke-3 sebelum Masihi. Dalam hikayat ini, diceritakan Iskandar mengunjungi berbagai negeri didampingi oleh Nabi Khidir.
Hikayat ini merupakan salah satu daripada bahan kesasteraan bahasa Melayu yang ditulis masa dahulu namasih terselamat sehingga hari ini.