Hijjas Kasturi

Profesor Emeritus

Hijjas Kasturi
Kelahiran (1936-09-26) 26 September 1936
PekerjaanJurutera, arkitek
Tahun aktif1967–kini
PasanganElizabeth Fay Wilson (bercerai)
Angela Jane Longworth (kini)
Anak-anak5
Paparan amaran: Halaman menggunakan Templat:Infobox person dengan parameter tidak diketahui "residence"

Profesor Emeritus (Dr.) Hijjas bin Kasturi (lahir 26 September 1936) merupakan seorang arkitek Malaysia. Aktif selama lebih daripada lima puluh tahun, beliau bertanggungjawab ke atas beberapa bangunan paling penting di Asia Tenggara, dalam gaya moden, pasca-moden, dan dekonstruktivis. Beliau dianggap sebagai bapa seni bina Malaysia pada separuh kedua abad kedua puluh dan juga dikenali sebagai individu yang terkenal dengan semangat jiwa Melayu dalam setiap seni bina.