Hibatullah Akhundzada

Hibatullah Akhundzada
هبت الله اخونزاده
Amirul Mukminin Emiriah Islam Afghanistan
Menyandang jawatan
15 Ogos 2021
Didahului olehMohammed Omar
Komandan Agung Taliban
Menyandang jawatan
25 Mei 2016
Didahului olehAkhtar Mansour
Maklumat peribadi
Lahir1961 (umur 63–64)
Panjwayi, Afghanistan
Perkhidmatan tentera
Kesetiaan Taliban
Tahun khidmat1996–kini
PangkatKomandan Agung

Mawlawi Hibatullah Akhundzada (Pashto: ھیبت الله اخوندزاده; lahir 1961) ialah ketua politik dan agama yang bertindak sebagai Komandan Agung pasukan Taliban terkini. Akhundzada memegang gelaran Amirul Mukminin (Pemimpin Orang-Orang Beriman) yang dianugerahkan Taliban seperti komandan-komandan sebelumnya.

Akhundzada dilaporkan bertanggungjawab mengeluarkan fatwa-fatwa bagi pihak Taliban, dan bertindak sebagai ketua mahkamah syariah Taliban. Tidak seperti para pemimpin Taliban lain, Akhundzada dipercayai masih menetap di Afghanistan sejak perang Afghanistan pada 2001. Dirinya menjadi ketua Taliban pada Mei 2016 susulan pembunuhan penyandang, Akhtar Mansour, dalam sebuah serangan dron.