Henrikh Mkhitaryan

Henrikh Mkhitaryan
Mkhitaryan bersama Armenia pada tahun 2014.
Maklumat peribadi
Nama penuh Henrikh Mkhitaryan
Tarikh lahir (1989-01-21) 21 Januari 1989
Tempat lahir Yerevan, RSS Armenia, Soviet Union
Ketinggian 1.78 m (5 ka 10 in)
Posisi permainan Pemain tengah serangan
Pemain sayap
Maklumat kelab
Kelab terkini
Inter Milan
Nombor 22
Kerjaya remaja
1995–2006 Pyunik
2003São Paulo (pinjam)
Kerjaya Senior*
Tahun Pasukan Kmcln (Gol)
2006–2009 Pyunik 70 (30)
2009–2010 Metalurh Donetsk 37 (12)
2010–2013 Shakhtar Donetsk 72 (38)
2013–2016 Borussia Dortmund 90 (23)
2016–2018 Manchester United 39 (5)
2018–2019 Arsenal 39 (8)
2019–2020Roma (pinjam) 22 (9)
2020–2022 Roma 65 (18)
2022– Inter Milan 36 (5)
Pasukan kebangsaan
2006–2007 Armenia B17 5 (1)
2007–2008 Armenia B19 6 (1)
2008–2010 Armenia B21 13 (9)
2007–2021 Armenia 95 (32)
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik dan tepat pada 24 September 2023 (UTC)

Henrikh Mkhitaryan (Bahasa Armenia: Հենրիխ Մխիթարյան, Templat:IPA-hy; lahir 21 Januari 1989) ialah seorang pemain bola sepak profesional Armenia yang bermain sebagai pemain tengah untuk kelab Serie A, Inter Milan.

Mkhitaryan merupakan penjaring terbanyak Armenia sepanjang zaman dengan 25 gol dalam 70 perlawanan antarabangsa sejak penampilan sulungnya pada bulan Januari 2007. Bekas kelabnya termasuk Pyunik Yerevan, Metalurh Donetsk, Shakhtar Donetsk, Borussia Dortmund dan Manchester United.

Mkhitaryan telah dinamakan sebagai Pemain Bola Sepak Terbaik Tahunan Armenia sebanyak tujuh kali. Pada tahun 2012 dia diundi sebagai Pemain Terbaik Shakhtar untuk musim 2011–12 oleh penyokong, dan Pemain Paling Bernilai Liga Perdana Ukraine. Pada tahun 2012, Mkhitaryan dinamakan dalam 100 Pemain Terbaik UEFA oleh Buku Tahunan Bola Sepak Eropah UEFA 2012–13. Mkhitaryan diundi sebagai Pemain Bola Sepak Tahunan CIS pada tahun 2012, menjadikannya pemain bola sepak Armenia pertama yang dinamakan pemain terbaik sejak dari negara-negara pra-Soviet. Dia menerima anugerah itu sekali lagi pada tahun 2013. Pada musim 2015–16 bersama Borussia Dortmund, Mkhitaryan telah diundi sebagai Pemain Terbaik Tahunan Bundesliga serta tersenarai dalam kesebelasan terbaik Bundesliga 2015–16. Mkhitaryan menerima jolokan Heno dari penyokong Armenia dan diberi panggilan Micki oleh penyokong Borussia Dortmund.