Jigoku Shōjo
| Jigoku Shōjo | |
Gambar hadapan DVD Jigoku Shōjo Vol. 8 mempamerkan watak-watak utama siri ini. | |
| Genre | Shōjo, Seram, Misteri, Psikologi, Fantasi |
|---|---|
| Anime | |
| Pengarah | Takahiro Omori |
| Studio | Studio Deen |
| Penyiaran Asal | Animax, MBS, Tokyo MX, Kids Station Animax NTV7 |
| Dikeluarkan pada | 4 Oktober 2005 – 4 April 2006 |
| Anime | |
| Jigoku Shōjo Futakomori | |
| Pengarah | Takahiro Omori |
| Studio | Studio Deen |
| Penyiaran Asal | Animax, MBS, Tokyo MX, Kids Station Animax |
| Dikeluarkan pada | 7 Oktober 2006 – 6 April 2007 |
| Manga | |
| Pengarang | Miyuki Eto |
| Penerbit | Kodansha |
| Permainan | |
| Jigoku Shōjo Akekazura | |
| Pembangun | Compile Heart |
| Pelantar | Nintendo DS |
| Anime | |
| Jigoku Shōjo Mitsuganae | |
| Pengarah | Hiroshi Watanabe |
| Skrip/Penulis | Ken'ichi Kanemaki |
| Studio | Studio Deen |
| Dikeluarkan pada | 4 Oktober 2008 – Dijadualkan |
| “ |
Jigoku Shōjo (地獄少女, secara literal bermaksud Gadis Neraka), juga dikenali sebagai Girl From Hell (Gadis dari neraka), merupakan sebuah siri anime yang dihasilkan oleh Aniplex dan Studio Deen.Musim pertama siri ini pertama kalinya ditayangkan di Jepun menerusi beberapa saluran televisyen, antaranya Animax, Tokyo MX, MBS dan lain-lain, bermula dari 4 Oktober, 2005 hingga 4 April, 2006. Di atas kejayaan musim pertama siri ini, musim keduanya telah ditayangkan, berjudul Jigoku Shōjo Futakomori (地獄少女 二籠, Gadis Neraka:dua sangkar) yang ditayangkan pada 7 Oktober, 2006 di Jepun menerusi saluran Animax.Sebuah siri drama televisyen yang berdasarkan siri ini mula ditayangkan di Jepun menerusi Nippon Television bermula daripada 4 November, 2006. Sebuah musim baru iaitu musim ketiga siri ini diumumkan pertama kalinya menerusi laman rasmi versi mobilnya, dan diberi judul Jigoku Shōjo Mitsuganae (地獄少女 三鼎, Gadis Neraka:Tiga Kawah). |