Heinrich Müller (Gestapo)

Heinrich Müller
Dalam jawatan
27 September 1939 – 1 Mei 1945
Dilantik olehHeinrich Himmler
Didahului olehReinhard Heydrich
Digantikan olehtiada (Pejabat dibubarkan)
Maklumat peribadi
Lahir(1900-04-28)28 April 1900
Munich, Bavaria
Empayar Jerman
Meninggal duniaMei 1945 (umur 45)
Berlin (diandaikan)
Anugerah awamLencana Emas Parti
Nama panggilan"Gestapo Müller"
Perkhidmatan tentera
Kesetiaan Empayar Jerman
 Jerman Nazi
ServiceTentera Darat Jerman 1917–18
Polis Munich 1919–33
Gestapo 1933–45
Tahun khidmat1917–18 (tentera)
1933–45 (SS)
PangkatSS-Gruppenführer
Perang/PertempuranPerang Dunia I
Anugerah tenteraKnights Cross of the War Merit Cross with Swords
Iron Cross 1st Class with 1939 Clasp
Bavarian Military Merit Cross 2nd Class with Swords
Pingat Kehormatan Perang Dunia I

Heinrich Müller (28 April 1900; tarikh Kematian tidak diketahui, tetapi bukti menunjukkan pada Mei 1945) ialah seorang pegawai tinggi Schutzstaffel (SS) dan polis Jerman semasa era Nazi. Pada keseluruhan Perang Dunia II di Eropah, beliau merupakan Ketua Gestapo, iaitu polis rahsia negara bagi Jerman Nazi. Müller adalah watak utama dalam perancangan dan pelaksanaan Holokus dan menghadiri Persidangan Wannsee pada January 1942, yang memuktamadkan rancangan bagi pengusiran dan penghapusan semua bangsa Yahudi di dalam Eropah taklukan Jerman—di gelar "Penyelesaian Terakhir untuk Permasalahan Yahudi". Beliau dipanggil sebagai "Gestapo Müller" untuk membezakannya daripada jeneral SS lain yang juga bernama Heinrich Müller.

Beliau kali terakhir dilihat dalam Führerbunker di Berlin pada 1 Mei 1945 dan kekal sebagai tokoh paling kanan rejim Nazi yang tidak pernah ditangkap atau disahkan telah meninggal dunia.