Headwind

Headwind
Juga dikenali
sebagai
The Noble Brothers (1977-1980)
AsalMalaysia
GenreRock, Pop Rock
Tahun aktif1977
Kegiatan berkaitanBerkumpulan
Pautan berkaitan
Pautan lain
sunting · sunting di Wikidata

Kumpulan Headwind merupakan sebuah kumpulan rock Malaysia yang ditubuhkan pada tahun 1977. Pernah menjadi band paling mahal di rantau Asia dan aktif dalam dunia kelab malam di Malaysia, Singapura, Brunei, Jepun, Hongkong, Thailand, Indonesia. Menjadi Opening Act untuk Konsert Uriah Heep dan Blue Öyster Cult. Semasa Live Aid 1985, antara artis yang mendapat liputan Siaran Langsung seluruh dunia bersama Ramli Sarip.Kumpulan ini menyampaikan lagu-lagu Melayu dan Inggeris dalam pelbagai rentak seperti rock, balada, pop rock ,progressive dan sentimental. Antara lagu mereka yang masih menjadi siulan peminat sehingga kini ialah lagu malar segar Suraya, Segalanya Mungkin, Hanya Di Radio, Memori Luka,Berakhir Satu Percintaan,Kasihku Abadi,kesepian,Kita Serupa,Meditasi,Cinta di dua dunia dan Cinta Si Camar Putih.