Head & Shoulders
| Jenis produk | Syampu anti-kelemumur |
|---|---|
| Pemilik | Procter & Gamble |
| Negara asal | Amerika Syarikat |
| Diperkenalkan | November 1961 |
| Pasaran | Dunia |
| Laman sesawang | headandshoulders |
Head & Shoulders (H&S, tulisan Jawi : هيد & شولدرس) ialah jenama syampu anti-kelemumur yang dikeluarkan oleh Procter & Gamble dan menduduki tangga kedua untuk kategori jenama syampu anti-kelemumur di bawah Clear keluaran Unilever. Ketika ini, Head & Shoulders ialah lawan daripada Clear keluaran Unilever. Ia dilancarkan pada bulan Ogos 1960.
Penyelidik Procter & Gamble mula memperbuat syampu anti-kelemumur pada tahun 1950. Selepas menyiasat satu dekad, mereka berusaha menghasilkan formula baru yang memperkenalkan zink pyrithione ke dalam syampu. Jenama ini diperkenalkan ke pasaran Amerika Syarikat pada bulan Ogos 1960 sebagai formula syampu biru dan hijau. Ketika ini, Head & Shoulders mempunyai sembilan jenis berbeza untuk pelbagai jenis rambut, dan formula Head & Shoulders ketika ini telah berubah warna kepada warna putih, selepas sebelumnya, Head & Shoulders mempunyai formula biru dan hijau.