Pokok Hazel

Bunduk
Bunduk biasa (Corylus avellana)
Pengelasan saintifik
Alam:
(tanpa pangkat):
(tanpa pangkat):
(tanpa pangkat):
Order:
Fagales
Keluarga:
Betulaceae
Genus:
Corylus

Sinonim

Lopima Dochnahl

Bunduk (Jawi: بوندوق serapan Arab: بُندُق, rumi: bunduq, Corylus; bahasa Inggeris: hazel) ialah genus daripada pokok daun luruh dan pokok renek besar berasal dari Hemisfera Utara beriklim sederhana. Genus ini biasanya diletakkan dalam famili pokok betula, walaupun sesetengah ahli botani memisahkan bunduk (dengan hornbeam dan genera bersekutu) ke dalam famili Corylaceae yang berasingan. Buah bagi pokok bunduk adalah kacang bunduk. Pokok ini sohor dicatatkan dalam himpunan tumbuhan ubat anak didik Hippokrates dengan nama Yunaninya Ποντικόν κάρυον Pontikón káryon "kacang Pontos" (sempena kawasan tempat subur di sana) yang dipinjamkan kepada bahasa Parsi (فندقfunduk) dan Arab dalam penulisan ilmuwan Islam.