Hawker Siddeley Harrier
| Harrier / AV-8A/C/S | |
|---|---|
| Sebuah pesawat Harrier GR3 dipamerkan di Bletchley Park, England | |
| Peranan | Pesawat penyerang VTOL |
| Negara pengeluar | United Kingdom |
| Pengeluar | Hawker Siddeley |
| Penerbangan pertama | 28 Disember 1967 (Harrier) |
| Pengenalan | 1 April 1969 |
| Status | Aktif |
| Syarikat penerbangan utama | Tentera Udara Diraja Kor Marin Amerika Syarikat Tentera Laut Sepanyol Tentera Laut Diraja Thailand |
| Dikeluarkan | 1967 - 1970-an |
| Jumlah dibina | 718 |
| Dibangunkan dari | Hawker Siddeley P.1127/Kestrel FGA.1 |
| Dibangunkan menjadi | AV-8B Harrier II BAE Harrier II |
| Variasi | BAE Sea Harrier |
Hawker Siddeley Harrier GR.1/GR.3 dan AV-8A Harrier merupakan pesawat generasi pertama dari siri-siri pesawat Harrier. Ia merupakan sebuah pesawat penyerang sokongan dekat dan pengawasan pejuang pertama yang memiliki keupayaan V/STOL (Berlepas dan Mendarat Menegak/Dekat), sering kali diberi gelaran jolokan sebagai "jump jet". Harrier merupakan satu-satunya kejayaan rekabentuk pesawat V/STOL daripada banyak rekabentuk serupanya dalam tahun 1960-an.
Pada tahun 1970-an, Harrier telah dipasangkan dengan kelengkapan radar dan menghasilkan pesawat BAE Sea Harrier bagi kegunaan Tentera Udara Diraja. Harrier juga direkabentuk semula secara ekstensif menjadi BAE Harrier II dan AV-8B Harrier II, yang mana dikeluarkan oleh British Aerospace dan McDonnell Douglas.